Searching...
Tuesday, March 18, 2014
9:16 PM 0

PELIK ! Peluru didalam Kepala dikeluarkan selepas 48 TAHUN !

SHENYANG - CHINA. Seorang wanita di China terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sebutir peluru yang telah berada di dalam tengkorak kepalanya tanpa pengetahuannya sejak 48 tahun lalu.

Menurut DailyMail, pada awalnya, Zhao, 62, berjumpa doktor selepas mengalami sakit kepala berterusan, hidung tersumbat yang teruk dan nodus limfa membengkak sejak 10 tahun lalu.





48 tahun peluru dalam kepala

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor menemui peluru berukuran 2.5 sentimeter tertanam di dalam tengkoraknya dan ia akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan di Universiti Perubatan China.

Menurut Zhao, dia tidak menyangka batu kecil yang terkena kepalanya ketika berusia 14 tahun rupa-rupanya adalah peluru sesat.


Sumber: Sinar