KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dijangka berterusan melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Samui dan Tioman sehingga hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan keadaan angin berkelajuan dari 40 kmsj dan ombak melebihi 3.5m itu berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan aktiviti sukan laut.
Keadaan ini diramal turut berlaku di sekitar perairan Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pantai barat, Pedalaman dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat dan Selat Melaka disebabkan oleh jerebu juga dijangka berterusan sehingga hari ini.

"Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran," menurut kenyataan itu.
- Bernama