AWAL pagi esok, peminat bola sepak seluruh dunia bakal dihidangkan perlawanan
'blocbuster' membabitkan Real Madrid dan Barcelona di Santiago Bernabeu.
Bagi Real, pertembungan El Clasico itu amat penting kerana ia platform terbaik buat mereka melebarkan jurang mata, sekali gus mencerahkan peluang menjuarai kempen La Liga, musim ini.
Andai menang, Real berkelebihan tujuh mata dan situasi itu pasti menyukarkan Barca.
Real kini berada di tangga teratas, mengumpul 70 mata. Manakala The Catalan menghuni tangga ketiga liga dengan 66 mata.
Tangga kedua La Liga ketika ini milik Atletico Madrid yang mengumpul 67 mata selepas 28 perlawanan.
Ronaldo, Messi jadi tumpuan
TUMPUAN perlawanan sudah pasti terarah kepada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Namun, kali ini Ronaldo dilihat memiliki kelebihan berbanding musuhnya itu.
Ronaldo sudah meledak 25 gol daripada 24 penampilan musim ini.
Bagi Messi pula, reputasinya sebagai mesin penjaring gol sedikit terjejas susulan masalah kecederaan dan skandal mengelak cukai.
Penyerang dari Argentina itu sekadar merekodkan 18 jaringan daripada 21 penampilan.
'Semangat Real berapi-api'
PERTEMUAN terakhir El Clasico pada Oktober 2013 menyaksikan Real tumpas 1-2 di Nou Camp.
Perlawanan itu turut menyaksikan lima kad kuning dilayangkan kepada pemain Real termasuk Ronaldo.
Bagi kapten Real, Sergio Ramos, kekalahan itu sudah berlalu dan mereka harus menumpukan perlawanan awal pagi esok.
Katanya, pertemuan itu amat penting dan mereka tidak boleh melakukan kesilapan atau kehilangan mata.
"Kekalahan di Nou Camp telah menyuntik motivasi pemain untuk mengalahkan Barca di Santiago Bernabeu.
"Kami turun bukan sahaja untuk mencari kemenangan tapi kami juga mahu membalas dendam.
"Apa pun, kempen musim ini berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi, jadi penting untuk kami menang di laman sendiri," katanya.
Barca mesti menang
PEMAIN tengah Barcelona, Andres Iniesta berkata, mereka perlu menampilkan permainan sempurna dalam usaha mencuri mata di Santiago Bernabeu.
Katanya, keputusan seri bukan pilihan kerana matlamat utama Barca ketika ini adalah untuk merapati kedudukan Real.
"Kalau menang, jurang mata antara Barca dan Real hanya satu mata. Jadi, kami perlu tampil semaksimum mungkin untuk bawa pulang tiga mata.
"Kami kena yakin. Apa yang penting, kami perlu bermain seperti biasa dan elak perangkap mereka," katanya.

Sumber : Sinar