SETELAH 11 hari misi mencari pesawat MH370 masih belum menemui sebarang bayang pesawat tersebut.
Ramai pihak terutama ahli keluarga dan rakyat Malaysia tertanya-tanya bilakah episod malang ini akan berakhir dan persoalan di mana MH370 akan dapat dijawab oleh pasukan penyiasat.
Walaupun setiap hari sidang media dibuat di Hotel Sama Sama, KLIA untuk memperjelaskan gerak kerja misi pencarian, namun persoalan di mana MH370 berada masih belum terjawab.
Apa yang menghairankan, insiden kehilangan pesawat ini adalah yang paling lama dalam sejarah insiden melibatkan pesawat di dunia.
Malah, jika dibandingkan dengan nahas pesawat Air France yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, lima hari kemudian iaitu pada 6 Jun 2009.
Seterusnya pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.
Persamaan yang ada antara dua kes ini adalah kedua-duanya hilang daripada radar ketika berada di antara dua sempadan.
Pesawat Air France hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro dan ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika.
Manakala, pesawat MAS pula hilang daripada radar di antara sempadan Malaysia dan Vietnam.
Namun, apa yang penting sekarang adalah semua rakyat Malaysia tidak kira fahaman politik untuk terus menyokong pasukan penyiasat dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari MH370 ini.
Semoga dalam sidang media pada jam 5.30 petang ini dapat memberi jawapan kukuh tentang persoalan, 'di mana MH370 berada?'

Sumber : Sinar