Searching...
Monday, March 17, 2014
8:57 PM 0

Kaca Mata Paul Walker Dilelong


Setelah empat bulan aktor kacak dan terkenal Paul Walker meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya namun ingatan terhadap mendiang masih kekal terpahat di hati peminatnya.
Malah, ada diantara barangan milik Paul yang ditemui di lokasi kemalangan itu turut dilelong di internet biarpun keadaannya sudah tidak berada dalam kualiti yang baik lagi.
Antara barangan yang dijumpai termasuk juga pemadam kebakaran yang digunakan untuk mematikan api semasa kemalangan serta kaca mata yang dipakai Paul pada hari tersebut.
Menurut seorang sumber yang enggan dikenali, kaca mata milik Paul itu ditemui didalam semak tidak jauh daripada lokasi kemalangan.
Barangan tersebut mula dilelong sejak Khamis lalu dan mendapat perhatian lebih 4,000 pengikut dan empat daripadanya membuat tawaran dengan harga tertinggi hingga mencecah RM7,000.
Walaupun ada yang meragui keaslian barangan tersebut tetapi menurut sumber tersebut lelongan itu bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi akan disumbangkan kepada yayasan amal.

Sumber : Oh! Artis