Searching...
Tuesday, March 18, 2014
9:21 PM 0

'Malaysia Airlines jaga kami dengan baik'

Mas (Malaysia Airlines)

CYBERJAYA - Keluarga penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari China yang ditempatkan di Hotel Cyberview Resort & Spa, di sini, berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan syarikat penerbangan itu.


Seorang wakil keluarga yang ditemui pemberita berkata, MAS telah melakukan yang terbaik dalam menjaga kebajikan mereka sejak tiba di negara ini minggu lepas.

"MAS menjaga kami dengan baik dan memantau kami 24 jam. Syarikat itu juga memenuhi segala keperluan kami di sini.

"Pelbagai kemudahan disediakan untuk kami seperti klinik statik dan bilik persidangan untuk kami mengikuti perkembangan terkini pencarian pesawat itu," kata wakil keluarga itu yang enggan namanya disiarkan.   

Mereka juga masih menaruh harapan anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat berkenaan dapat pulang dengan selamat.

Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang MH370 dari China ditempatkan di hotel berkenaan.

Misi mencari pesawat MAS penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu masuk hari ke-12, sejak hilang 8 Mac lepas. 



- Bernama