MELAKA - Hujan sejak tiga hari lepas hanya menambah satu peratus daripada jumlah takungan air di seluruh Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Justeru itu, katanya pengepaman air dari Sungai Gerisik di Muar, Johor ke empangan di negeri ini akan diteruskan bagi menampung keperluan para penduduk.
"Bila sampai satu tahap di mana berlakunya limpahan air di kolam takungan, proses pengepaman akan dihentikan...saya harap hujan akan berterusan selama sebulan bagi menambah air di kolam takungan.
"Sekiranya hujan berterusan, catuan air yang kita rancang pada 29 Mac ini tidak akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) Melaka di sini, hari ini.
Melaka mempunyai tiga empangan yang mampu menampung isipadu maksimum iaitu kira-kira 75 bilion liter air.
Empangan Durian Tunggal kini mempunyai paras air sebanyak 54.8 peratus, Empangan Jus (57 peratus) dan Empangan Asahan (61.3 peratus).
Sementara itu, Idris berkata Iksep perlu aktif melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya secara berwibawa bagi membantu mengekalkan kemakmuran negara.
"Iksep tidak boleh bertolak ansur dengan data atau maklumat yang longgar kerana mereka mesti menjadi model kepada keterperincian fakta dan angka sejarah," katanya.
Selain itu, Iksep boleh berperanan sebagai pemantau kepada gerakan-gerakan yang tidak sah seperti gerakan yang ingin menuntut takhta Kesultanan Melaka.

- Bernama