Tuesday, April 1, 2014
BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.
MENARIK ! Google Sedang Mencari Pokemon Master Dengan Google Maps
Google pada setiap tahun akan membawa versi 'April Fool' mereka menggunakan produk mereka sendiri dan pada tahun 2014 ini, mereka mengubahsuai Google Maps mereka menjadi alat pengesan Pokemon!
Apa yang anda perlu ialah Google Maps pada peranti telefon pintar anda. Lancarkan Google Maps, tekan ruangan search, dan 'Press start' pada logo Pokeball! Anda akan bermula dari sebuah makmal di Jepun, kemudian anda boleh memulakan pengembaraan mengumpul 150 Pokemon untuk menjadi Pokemon Master! Ini sekaligus melayakkan diri anda untuk menjadi pekerja Google dengan jawatan Pokemon Master! (ok, tak mungkin ada jawatan ini di Google)
Media Dihalau Ketua Pengarah DCA Ketika persidangan IATA

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.
MENARIK ! Pekebun Di China Membina Robot Transformers Dari Barangan Kereta Terbuang
Pekebun di kawasan pendalam di China (mungkin kebosanan dengan menanam) telah membina ikonik terkenal robot Transformers versi dia sendiri menggunakan barangan daripada bahagian kereta terbuang.
"Ia merupakan hobi saya", kata Wang Shun, salah seorang daripada pekebun di China yang telah membina robot. "Saya telah menonton filem itu dan saya belajar tentang robot itu online, jadi saya teringin untuk menciptanya sendiri."
"Ia merupakan hobi saya", kata Wang Shun, salah seorang daripada pekebun di China yang telah membina robot. "Saya telah menonton filem itu dan saya belajar tentang robot itu online, jadi saya teringin untuk menciptanya sendiri."
[10 GAMBAR] MENARIK ! Gambar Selfie Selebriti Menarik Malaysia
Perkataan 'Selfie' yang diiktiraf sebagai perkataan rasmi kini popular di kalangan pengguna telefon pintar terutama yang menggunakan laman sosial foto seperti Instagram.
Mengikut definisi selfie, ia adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon mudah alih atau kamera web yang kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman web.
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial serta kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000%. Perkataan tersebut mula dikesan pada satu muat naik ayat tersebut di satu forum di Australia pada September 2012 dengan 'Hashtag selfie'.
Subscribe to:
Posts (Atom)