Searching...
Wednesday, March 26, 2014
7:50 PM 0

Bundesliga: Bayern disahkan Juara Selepas 27 Perlawanan

Bundesliga: Bayern sahkan gelaran

BAYERN Munich memastikan gelaran juara Bundesliga musim ini tanpa perlu menunggu aksi terakhir liga hasil kemenangan 3-1 mengatasi Hertha Berlin, awal pagi semalam.


Dengan kutipan 77 mata daripada 27 perlawanan, kedudukan Bayern sudah tidak mampu dikejar pesaing terdekatnya, Borussia Dortmund yang sekadar memungut 52 mata.

Bukan itu sahaja, Die Roten memanjangkan rekod kemenangan ke-19 berturut-turut dan secara keseluruhan tidak pernah tewas dalam 52 perlawanan Liga Jerman.

Pengurus Kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff merakam ucapan tahniah kepada Bayern yang memastikan kejuaraan musim 2013/2014.

"Saya harus dedikasikan ucapan ini atas pencapaian luar biasa anak buah Pep Guardiola.

"Pasukan Bayern sudah terkedepan dan miliki level bertaraf dunia. Saya harap mereka meneruskan momentum yang menakjubkan ini di pentas Eropah.

"Kejayaan tak pernah datang dengan automatik melainkan hasil usaha keras dan disiplin tinggi pemain," katanya.

Manchester United akan menjadi lawan mereka pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara, pada 2 April depan dan Bierhoff yakin pasukan itu mampu layak ke peringkat empat terakhir.


Sumber: Sinar