Searching...
Tuesday, April 1, 2014
6:13 PM 0

Seramai 25 Orang Pelajar Universiti Al-Azhar Dibuang

KAHERAH - MESIR. Universiti al-Azhar membuang 25 pelajarnya kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi antikerajaan yang diadakan di kampus baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, pihak universiti juga memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbukti terlibat dalam sebarang protes di mana-mana universiti di negara tersebut.



Menurut Press TV, kesemua pelajar yang dibuang didakwa menyertai protes 30 Mac lalu yang menyebabkan kematian dua pelajar semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Pertempuran maut itu dipercayai tercetus apabila penunjuk perasaan menyerang pihak keselamatan kerana mengecam pencalonan presiden bekas Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi.


Sumber: Sinar