Searching...
Tuesday, April 8, 2014
9:07 PM 0

PANAS !! Gambar Panas Adi Putra Sengaja Disebar Di Laman Sosial !


Kontroversi skandal membabitkan pelakon popular, Adi Putra dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib yang hangat diperkatakan sejak September tahun lalu kini kembali menjadi perbualan apabila bekas suami Aida, Amiruddin Othman bertindak memuat naik foto aktor tersebut di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu.


Walaupun kes tersebut sudah digugurkan setelah pihak polis mengklasifikasikannya sebagai ‘no further action’ pada Disember lalu, namun isu ini kembali mendapat perhatian apabila Amiruddin bertindak ‘berkongsi’ gambar Adi yang hanya bertuala berserta komen ‘yes my x salah tapi the other tak mengaku’ di akaun Instagramnya.

Berpeluang bertemu Adi di sidang akhbar teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ (DBLK) di Istana Budaya pada petang Khamis digunakan GUA untuk bertanyakan isu ini kepada Adi memandangkan pelakon ‘Teduhan Kasih’ itu pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang dia akan mengambil tindakan seandainya pihak sana masih lagi memanjangkan isu ini.

“Saya tak ada komen mengenai isu ini sebab saya pun tak baca lagi tentang cerita yang keluar ini. Kalau diikutkan amarah, memang semua manusia ada sifat itu. Namun, kita kena fikir balik amarah itu kita nak bawa ke mana. Apapun, saya tak kisah dan tak marah dengan tindakannya itu kerana saya sendiri rasa terlalu kerdil untuk marah orang. Jadi, apa yang boleh saya buat sekarang adalah, bersabar,” ujar Adi sambil memberitahu dia tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Amiruddin.

“Jika cara saya ini (tak mahu ambil tindakan) seolah-olah nampak saya yang bersalah, biarlah. Saya dah tak kisah kerana selagi Allah tak salahkan saya, buat apa saya nak takut kepada orang. Lagipun, bukan orang itu yang bagi rezeki untuk periuk nasi saya dan bahagiakan saya,” kata Adi lagi.

Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya pernah menyuarakan hasrat untuk menarik diri dari pementasan teater ‘Projek Kahwin’ kerana tidak mahu teater tersebut terjejas dengan kontroversinya bercinta dengan lelaki orang. Ditanya kepada Adi sama ada dia juga berhasrat untuk menarik diri atau sebaliknya, ini jawapan Adi;

“Buat apa nak tarik diri? Ini rezeki dan nafkah saya untuk anak dan isteri. Kalau saya tarik diri, anak dan isteri saya nak makan apa? Kalau saya tarik diri, ada ke orang nak bagi saya duit. Saya kena kerja kerana kerja juga merupakan satu ibadah. Jangan sebab benda ini, ia menghalang saya untuk mencari rezeki.

Lagipun, saya tak rasa isu ini akan menjejaskan penjualan tiket teater ini. Alhamdulillah, sepanjang mengerjakan umrah baru-baru ini, saya sentiasa berdoa dan minta dengan Tuhan agar jualan tiket dan pementasan teater ini berjalan dengan lancar. Apa saja yang berlaku, saya kena teruskan perjuangan saya dan menjalankan tanggungjawab serta kewajipan saya sebagai manusia,” ujar Adi mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang ingin menonton teater dari karya Allahyarham Prof. Dr. Hamka, ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’, anda boleh mendapatkan tiket menerusi www.AirAsiaRedTix.com. Teater yang dibintangi oleh Adi Putra, Nasha Aziz, Fizo Omar, Elfira Loy, Dafi Ismail, Elfira Loy dan ramai lagi ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei 2014.

Sumber: Yahoo!