Searching...
Wednesday, April 9, 2014
12:05 AM 0

MENARIK !! Gambar cahaya di Marikh. Adakah sumber cahaya bagi hidupan di Marikh ??


Hidupan di Marikh ? Bagaimana dengan sumber cahaya di Marikh ? Atau, kedua dua nya??

Rasa ingin tahu NASA kian meninggi apabila Rover yang dihantar ke Marikh telah berjaya menangkap gambar yang kelihatan seperti imej cahaya yang terang bersinar putih di kaki langit planet Marikh itu. Spekulasi tentang hambar ini telah menular kepada beberapa siaran, termasuk NBC NEWS dan Houston Chronicle.

Jadi, apakah ia? Adakah UFO ? Memang ia UFO, kan? Jom, kita sama sama katakan UFO !

Malangnya, tidak. Yahoo News telah bertanya kepada Jet Propulsion Laboratory NASA tentang gambar ini. Dalam e-mel, Justin Maki, seorang ahli sains pengimejan dan ketua bagi kejuruteraan penyiasatan kamera, menjelaskan bahawa "tempat cerah" muncul dalam imej yang diambil oleh kamera stereo-mata kanan, tetapi tidak sebelah kiri.

Doug Ellison, yang juga bekerja di Jet Propulsion Laboratory NASA, mengatakan pendapatnya di Twitter. Teorinya "sinaran kosmik"

Sumber: Yahoo.