Searching...
Friday, March 28, 2014
6:51 PM 0

MENARIK ! Tarzan versi 2014

Tarzan versi 2014

MASIH anda ingat dengan filem animasi Tarzan yang diterbitkan Walt Disney pada 1999? Kali ini, Tarzan kembali dengan suntikan imej janaan komputer (CGI) dan boleh ditonton dengan format 3-D.


Filem terbitan Constantin Film tidak mustahil bakal mengulangi fenomena Tarzan tahun 1999 dengan kualiti gambar yang lebih cantik.

Pendek kata, anda akan melihat seolah-olah manusia sebenar yang beraksi di dalam filem ini.

Mempertaruhkan Kellan Lutz sebagai Tarzan, filem ini juga turut dijayakan oleh Jaime Ray Newman dan Spencer Locke.

Diarahkan oleh Reinhard Klooss filem ini digarap berdasarkan cerita klasik Tarzan Of The Apes yang ditulis oleh Edgar Rice Burroughs.

Ia berkisarkan perjuangan Tarzan dan Jane Porter dalam menentang tentera yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Greystoke Energies.

Ketua Pegawai Eksekutif Greystoke Energies merupakan lelaki yang mengambil alih syarikat Greystoke Energies selepas kematian ibu bapa Tarzan dalam nahas helikopter.

Keutamaan yang cuba disampaikan menerusi filem adalah sifat kekeluargaan dan nillai-nilai murni yang cuba diterapkan kepada para penonton.

Sememangnya ia klise sama seperti edisi filem Tarzan sebelumnya, namun ianya memberi kesan mendalam buat mereka menonton dan ianya sesuai untuk ditonton seisi keluarga.


Kecantikan flora & fauna

Menarik tentang filem animasi ini adalah sinematografi yang berjaya membawa penonton merasai sendiri perjalanan kehidupan Tarzan selepas ibu bapanya mati selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas dalam hutan belantara.

Jika selama ini, bila bercakap mengenai hutan, kita akan menggambar satu kawasan dengan tumbuhan hijau, namun dalam filem ini, kecantikan sebenar hutan turut ditekankan pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, haiwan-haiwan di dalam filem ini juga nampak 'real' dan setiap gerak-geri mereka pasti akan menarik perhatian kanak-kanak khususnya.


Percubaan Lutz

Dalam pada itu, mempertaruhkan Lutz sebagai sebagai suara teraju utamanya sudah cukup menjadi pilihan yang tepat. Lutz yang baru-baru ini baharu sahaja muncul dalam filem Hercules, berjaya mengemudi watak Tarzan dengan cara yang tersendiri tanpa bayangan karakter Tarzan sebelum ini.

Dengan suara yang garau, dia berjaya membawakan watak bersama intonasi yang baik dari mula hingga akhir.

Jadi bagi anda yang masih tercari-cari sebuah naskhah yang baik untuk ditonton bersama anak-anak atau adik, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem Tarzan di pawagam.