Searching...
Monday, March 17, 2014
8:42 PM 0

MH370: Kementerian Kesihatan rekod 77 kes rawatan babitkan ahli keluarga penumpang

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah merekodkan sebanyak 77 kes rawatan pesakit luar dan kaunseling kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 sepanjang 10 hari mereka ditempatkan di Hotel Everly, di sini. 

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata daripada jumlah itu, sehingga jam 7 pagi tadi empat kes dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya yang mana membabitkan dua kes biasa, satu asma dan satu masalah 'panic attack'.



 "Sebanyak 17 kes diberi intervensi psikososial bertujuan membantu menangani masalah emosi yang dihadapi ahli keluarga. 


"Daripada 17 kes itu, satu kes memerlukan rawatan lanjut daripada aspek psikososial iaitu Stress Induced Hyperventilation yang menunjukkan tanda keresahan amat teruk dan dirujuk ke Hospital Putrajaya tetapi pesakit berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan dipantau Pasukan Kesihatan Mental dan Respon Psikososial di Hotel Everly," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan lawatan ahli keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly di sini, hari ini.