Searching...
Monday, March 17, 2014
1:13 AM 0

MH370: Makin Luas !

Foto

Negara sertai operasi bertambah kepada 25

Sepang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 239 penumpang dan anak kapal MH370 kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor. 


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia juga sudah menghubungi negara di dua koridor berkenaan bagi membantu mengesan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu. 

Antara negara terbabit termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis untuk meminta kerjasama mengenai kaedah terbaik menghantar aset ke dua koridor terbabit.

Sumber : Berita Harian