Searching...
Tuesday, March 18, 2014
6:18 PM 0

MH370: Rumah ibu bapa Kapten tiada penghuni ?

Rumah ibu bapa Kapten tiada penghuni


GEORGETOWN - Usaha Sinar Harian mencari rumah ibu bapa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berjaya dengan bantuan rakannya yang enggan identiti didedahkan.


Kedudukan rumah dua tingkat itu agak tersorok di  Kampung Sungai, Jalan Makbul, Sungai Pinang dengan keadaan jalan utama untuk masuk ke lorong agak sempit.

Sebaik tiba di hadapan sebuah rumah berwarna ungu, wartawan Sinar Harian mendapati rumah berkenaan sunyi tidak berpenghuni.

Terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira di garaj rumah berkenaan.

Usaha untuk menemubual jiran di kampung itu tidak berjaya apabila mereka enggan memberi kerjasama.

Tambahan pula mengetahui wartawan datang ke situ untuk bertanya maklumat mengenai keluarga yang tinggal di rumah berkenaan.

Salah seorang penduduk di situ mengakui rumah berkenaan rumah milik ibu bapa Zaharie namun enggan mengulas lanjut.

“Ya, itu rumah Zaharie, tetapi rumah ibu bapanya,” katanya.

Apabila ditanya sama ada rumah berkenaan berpenghuni, wanita itu terus menjawab "tidak tahu".

Menurut sumber, penduduk di situ enggan memberi kerjasama kerana sebelum ini ramai wartawan dari luar negara datang ke kampung itu untuk mengambil gambar dan menemubual mereka.

“Rumah itu didiami abang Zaharie sebelum ini namun sudah berpindah ke tempat lain sejak setahun lalu,” katanya.