Searching...
Sunday, March 16, 2014
8:32 PM 0

Palestin itu jauh dari kita

Salam kepada semua pembaca. Terjumpa sajak ini di internet. Mungkin banyak lagi sajak yang lagi indah atau lagi menyentuh hati daripada ini. Tapi itu bukanlah menjadi fokus utamanya. Fokus utama ialah sekadar memberi peringatan sesama kita yang kadang lupa akan saudara kita yang jauh di sana menaggung derita, menahan perit dalam menjalani ujian yang amat berat. Marilah sama sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. Tak perlu panjang panjang pun. Cukup sekadar kita berdoa, mohon dengan Allah supaya memberi kemenangan ke atas umat Islam kita di sana. Bukan sahaja membantu mereka yang disana, malahan membantu diri kita ke arah yang lebih baik dengan bermuhasabah mengenangkan nasib mereka yang di sana. Bersyukurlah, berdoalah.

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu

pada gagalnya peperiksaan

laparnya perut pada makanan

putusnya cinta pada kekasih pujaan

jauhnya ibu ayah dari dakapan

juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu

Apabila rumah kediaman digesel trak

Harta benda serba serbi dirompak

maruah keluarga dipijak-pijak

anak bini dicincang oleh manusia tak berotak

tanah air Islam diinjak-injak

irama kita

adalah suara Siti yang merdu

atau muzik rock yang bingit melegakan

atau suara nasyid yang mendayu-dayu


irama mereka

bulddozer yang menghiasi setiap pagi

ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi

Bom yang tak pernah sunyi berbunyi


sungguh sukar kita berada di tempat mereka

kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara

berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian

putusnya cinta atau geramnya pada manusia

tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah

kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan


Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta

Pada kekayaan melimpa ruah

pada umur yang panjang

agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…

pada syahid tanpa henti

pada perjumpaan teragung

dengan Ilahi tercinta…



Siapakah kita berbanding mereka?

blog-of-6ixth

yang benar
sit
2014