Searching...
Tuesday, March 18, 2014
5:59 PM 0

TERKINI ! Tiga juta orang cuba kesan MH370


MH370

WASHINGTON - Lebih 3 juta orang menyertai usaha mengesan pesawat MH370 bersama pengendali satelit DigitalGlobe yang turut dilihat sebagai program terbesar melibatkan orang awam sejak lebih seminggu lalu.

Kelmarin, jurucakap firma itu memaklumkan kepada Press TV lokasi pencarian kini merangkumi kawasan seluas 24,000 kilometer persegi selain lebih banyak imej termasuk di Lautan Hindi dimuat naik pada setiap hari.

Menurutnya lagi, seramai 2.9 juta orang telah tagged kawasan dalam peta tersebut manakala 257 juta lagi menggunakan aplikasi MapView.

Pada 11 Mac lalu, DigitalGlobe mengaktifkan platform pencarian Tomnod yang memberi peluang kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai usaha mengesan MH370 dengan menggunakan lima satelit berdefinisi tinggi.

Difahamkan, firma tersebut akan menggunakan sistem algoritma CrowdRank untuk meneliti bukti yang boleh merungkaikan misteri kehilangan pesawat terbabit.

Sumber : Sinar