Searching...
Monday, March 17, 2014
9:03 PM 0

Tragedi MH370 Tidak Halang Aril Pilus Benar Isteri Terus Jadi Pramugari



Penyanyi dan penyampai radio Aril Pilus yang baru sahaja melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya tidak akan menghalang isterinya Puteri Erma Edlinda, 27 untuk terus berkhidmat sebagai pramugari biarpun dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370.
Walaupun mengetahui tugas isterinya berdepan dengan risiko besar namun sebagai suami dia tetap akan memberikan galakan dan sejak awal lagi dia sudah reda untuk menempuhi sebarang risiko.
“Awal-awal lagi saya sudah redha dengan apa yang akan jadi pada masa akan datang. Pada saya, selagi dia mampu untuk teruskan kerjaya dia, saya benarkan dia bekerja. Saya tak pernah halang kerja dia sebab saya tahu bukan semua orang berani lepaskan impian mereka. Saya sentiasa doakan keselamatan dia.
“Walaupun dia terpaksa kerap tinggalkan saya untuk 3, 4 hari kerana pergi bertugas, tidak menjadi masalah besar kepada saya. Malah bila kami berjauhan itu menguatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri.
“Dan saya juga berharap, masyarakat tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih ekoran kejadian kehilangan MH370. Hentikanlah sebarang spekulasi agar kita tidak menguris mana-mana pihak terutama ahli keluarga sama ada penumpang-penumpang juga kru pesawat tersebut. Kita sama-sama berdoa agar semuanya selamat”, kata Aril yang turut prihatin dengan tragedi MH370 yang sedang menjadi perhatian dunia sekarang ini.