Searching...
Tuesday, April 1, 2014
6:02 PM 0

MENARIK ! Google Sedang Mencari Pokemon Master Dengan Google Maps

Google pada setiap tahun akan membawa versi 'April Fool' mereka menggunakan produk mereka sendiri dan pada tahun 2014 ini, mereka mengubahsuai Google Maps mereka menjadi alat pengesan Pokemon!
Apa yang anda perlu ialah Google Maps pada peranti telefon pintar anda. Lancarkan Google Maps, tekan ruangan search, dan 'Press start' pada logo Pokeball! Anda akan bermula dari sebuah makmal di Jepun, kemudian anda boleh memulakan pengembaraan mengumpul 150 Pokemon untuk menjadi Pokemon Master! Ini sekaligus melayakkan diri anda untuk menjadi pekerja Google dengan jawatan Pokemon Master! (ok, tak mungkin ada jawatan ini di Google)
Jadi tunggu apa lagi, mulakan pengembaraan anda untuk menjadi yang terbaik, yang tidak pernah sesiapa capai.




Video promosi: