Searching...
Tuesday, April 1, 2014
1:18 AM 0

[10 GAMBAR] MENARIK ! Gambar Selfie Selebriti Menarik Malaysia

Perkataan 'Selfie' yang diiktiraf sebagai perkataan rasmi kini popular di kalangan pengguna telefon pintar terutama yang menggunakan laman sosial foto seperti Instagram.
Mengikut definisi selfie, ia adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon mudah alih atau kamera web yang kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman web.   
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial serta kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000%. Perkataan tersebut mula dikesan pada satu muat naik ayat tersebut di satu forum di Australia pada September 2012 dengan 'Hashtag selfie'.

Jom lihat gaya selfie menarik di kalangan 10 Selfie Selebriti Menarik Di Malaysia.

1. Elfira Loy
Elfira Loy

Popular dengan siri Disney Waktu Rehat, aktres remaja ini antara yang mempunyai foto selfie paling banyak dalam akaun Instagram beliau, @elfiraloy

2. Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siapa tak kenal Siti Nurhaliza, gadis Kuala Lipis yang berkahwin dengan Datuk K. Foto selfie beliau juga mencuri tumpuan meskipun telah bergelar 'isteri orang'. Beliau kini yang bergelar datuk menggunakan akaun instagram @ctdk.

3. Nora Danish
Nora Danish

Aktres popular yang kini dikaitkan dengan anak seorang menteri mempunyai 'pose' selfie yang comel. Beliau juga pernah popular dengan video 'viral' Gwiyomi suatu ketika dulu. Akaun Instagram beliau diakses melalui nama @noradanish

4. Lisa Surihani
Lisa Surihani

Beliau kini berselfie dengan nama akaun instagram baru, @ladyyusry selepas akaun lama @lisasurihani23 digodam individu tidak bertanggungjawab. Foto selfie Lisa kebanyakan bersama suami tercinta, maklumlah, akaun bersama!

5. Shila Amzah
Shila Amzah

Gaya selfie bertudung Shila Amzah juga manis! Bila Shila Amzah berselfie, pasti beribu-ribu 'like' diperoleh dari pengikutnya!

6. Hanis Zalikha
Hanis Zalikha

Setiap kali Haniz Zalikha memuat turun gambar selfie beliau, pasti cair lelaki melihatnya (tak percaya lihat ruangan komen). Akaun Instagram @HanisZalikha yang sentiasa dikemaskini menjadikan gadis popular 2010 Google ini kian mendapat tempat di kalangan peminat.

7. Nina Iskandar
Nina Iskandar

Pelakon dari Brunei yang kini mengikat kontrak dengan MIG Talent mempunyai foto selfie yang mengancam!

8. Diana Danielle
Diana Danielle

Diana Danielle Danny Beeson atau Diana Danielle yang menggunakan akaun Instagram @dianadanielleb mempunyai foto-foto selfie cantik apatah lagi jika ia dirakam ketika beliau di luar negara.

9. Amanda Imani
Amanda Imani

Penyanyi dan model yang lahir pada 1991 ini mempunyai wajah cantik yang pastinya membuatkan gaya selfie kena pada tempatnya.

10. Daphne Iking
Daphne Iking

Setiap kali beliau memuat turun gambar selfie bersama anak-anak, Daphne Iking pasti mengusik pengikut Instagramnya dengan gaya-gaya menawan dan comel.

Sumber: Yahoo!