Searching...
Monday, March 24, 2014
5:33 PM 0

529 Penyokong Mursi Dijatuhi Hukuman Mati

528 penyokong Mursi dijatuhi hukuman mati

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhi hukum mati terhadap 528 penyokong
Presiden digulingkan Mohammed Mursi selepas disabit kesalahan membunuh anggota polis dan melakukan serangan terhadap penduduk dan harta benda awam.

Mereka adalah sebahagian daripada 1,200 penyokong Mursi termasuk pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London, Abdullah el-Haddad berkata, hukuman terbabit menunjukkan Mesir kini melaksanakan pemerintahan diktator.

“Hukuman ini mungkin mungkin hanya mesej ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat. Namun, ini adalah cara 'Mesir baharu' memerintah selepas rampasan kuasa dipimpin Menteri Pertahanan Abdul Fattah al-Sisi,” katanya.

Menurutnya, Mursyidul Am Ikhwanul, Mohammed Badie antara disabit kesalahan, laporan dipetik dari Al Arabiya.