Searching...
Sunday, March 23, 2014
11:09 PM 0

HILANG! Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Dipercayai Hilang


Keluarga resah anak gadis hilang sejak lima hari lalu

JASIN: Sepasang suami isteri dari Jasin, Melaka bimbang akan keselamatan anak gadis
mereka yang hilang sejak lima hari lalu.

Keluarga berkenaan menyedari kehilangan anak mereka, Mastini Azmi, 19, selepas tidak hadir ke kuliah sejak 18 Mac lalu.

Mastini merupakan pelajar peringkat diploma jurusan Rekabentuk Grafik, Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, Johor.

Menurut bapanya, Azmi Atan, kali terakhir beliau berjumpa Mastini adalah ketika menghantar anaknya pulang ke asrama pada 15 Mac lalu.

Sumber: astroawani.com