Searching...
Saturday, March 22, 2014
12:51 AM 0

BAHAYA ! Misi Pencarian MH370 Di Lautan Hindi Berisiko Tinggi?

peta

SEJAK misteri kehilangan pesawat MH370 diperkatakan di seluruh dunia, kita sentiasa ternanti-nanti jawapan termasuk mengharap perkhabaran gembira berita penemuan pesawat itu bersama penumpang serta anak kapalnya.

Terbaharu penemuan objek di perairan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer dari Perth, Australia  kelmarin dilihat menjadi harapan baharu dalam operasi pencarian yang sudah masuk  hari ke-15 hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua objek sepanjang 24 meter dan lima meter  itu yang berjaya dikesan oleh satelit milik Australia itu bagaimanapun masih belum disahkan sama ada ianya berkaitan pesawat itu.

Menurutnya, penemuan itu adalah yang terbaik berbanding beberapa penemuan yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Imej satelit dari Selatan Luatan Hindi  yang dikaitkan dengan MH370 jika disahkan benar  menyaksikan operasi mencari dan menyelamat begitu mencabar dan menggerunkan.

Keadaan Lautan Hindi yang sentiasa bergelora dengan angin mencapai kelajuan 40 knot (74 kilometer sejam)  serta ombak sehingga 10 meter adalah sesuatu yang sukar ditempuh oleh anggota penyelamat yang menggunakan kapal penyelamat.

Kedalaman Lautan Hindi antara 3,000 hingga 8,000 meter memerlukan  kelengkapan khusus seperti pesawat selam (Submersible) atau Kenderaan Kawalan Bawah Laut (ROUV) yang direka khas untuk menyelam dan menyelamat dalam laut dalam.

Malah anggota penyelamat juga berdepan risiko  kerana  keadaan kelajuan arus laut  tidak menentu dan boleh berubah-rubah secara mengejut memerlukan mereka yang benar-benar berpengalaman boleh menghadapi situasi sukar ini.

Semalam,  sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut  mengesahkan akan menghantar pasukan elitnya ke kawasan operasi SAR bagi melicinkan operasi di koridor selatan yang ternyata mencabar.

Sebanyak 960 anggota penyelamat terdiri daripada 660 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini sudah berada di selatan Menurut pakar, Lautan Hindi  sangat luas menyukarkan operasi MH370 sekiranya benar terhempas di kawasan itu.

Keupayaan mencari bergantung kepada kepakaran teknologi dan  dan logistik yang digunakan berikutan sebarang kelemahan akan hanya melambatkan operasi.

Penyertaan pesawat P3 Orion dan Poseidon sudah memadai untuk membantu mengesan objek dijumpai sebelum penumpuan lokasi diperluas pada radius 200 kilometer dari objek terbabit.

Malah jika pesawat meletup atau berkecai, sudah pasti pelbagai barang berkaitan pesawat terapung. Jika tenggelam beberapa bahagian pesawat pasti dapat dikesan kerana letupan pada ekor tidak menjejaskan kepala.

Pasukan SAR juga perlu melakukan kajian awal kerana Lautan Hindi sangat dalam dan gelap termasuk arus deras sudah pasti menjadi punca kegagalan operasi hingga mengambil masa yang lama.

Ketika di lokasi keadaan laut bergelora dan ombak tinggi sudah pasti menyebabkan kapal kecil tidak dapat berada dalam keadaan stabil dan ini menyebabkan Malaysia berkemungkinan  terpaksa meminta bantuan peralatan dan kenderaan negara lain.

Hanya kapal bersaiz besar atau setaraf pengangkut besar jenis USS dapat berada di lokasi terbabit dengan stabil. Arus  deras boleh memindahkan objek dari lokasi asal dan ia sudah pasti melambatkan operasi seperti dialami pesawat Airbus Air France 447, yang hilang di Laut Atlantik pada 1 Jun 2009 yang mengambil masa dua tahun sebelum kota hitam ditemui.

Paling tragis dan menyedihkan ialah  sebahagian besar jasad penumpang pesawat berkenaan sehingga kini gagal ditemui!

Sumber: Sinar