Searching...
Sunday, March 30, 2014
5:38 PM 0

Bocey Maharaja Lawak Tampil Meriahkan Konvokesyen PIS

JOHOR BAHRU - Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) akan mengadakan majlis konvokesyen ke-17 bermula hari ini dan esok.



Konvokesyen kali bakal meraikan 784 pelajar yang dibahagikan kepada dua sidang di mana 383 graduan daripada Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal akan menerima skrol diploma pada sidang pertama.


Pada sidang kedua pula, seramai 401 graduan daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Kejuruteraan Eletrik menerima diploma esok.

Majlis penganugerahan disempurnakan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah. Manakala pada hari kedua, penganugerahan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Mejar (K) Nazary Ahmad.

Pesta Konvokesyen kali ke-17 ini turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik bagi meraikan graduan serta orang ramai.

Selain gerai-gerai jualan serta pameran daripada pelbagai agensi, malam kebudayaan turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Bochey.

Dua daripada ahli kumpulan ini, Achey dan Fard adalah bekas penuntut politeknik ini.

Pada hari kedua, pengunjung akan disajikan dengan malam Simfoni Dikir Zikir selain program bual bicara bersama Ustaz Nazri (Kumpulan Raihan) dan Sham Kamikaze.


Sumber: Sinar