Searching...
Sunday, March 30, 2014
5:44 PM 0

MESTI BACA ! Siapakah Hanis Zalikha Sebenarnya??


HANIS Zalikha mula menjadi popular setelah namanya tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada 2010.

Semenjak itu, ramai orang mula tercari-cari dan mengikuti perkembangan Hanis menerusi blog peribadinya, inibelogsaya.blogspot.com.

Dua tahun kemudian, penerbit dan juga pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuka jalan buat Hanis ke dalam industri seni selepas ditawarkan watak utama dalam filem Gangster Celop.

Ujar Hanis, biarpun pernah memegang watak sebagai bunian dalam Momok The Movie, filem Gangster Celop memberi sedikit tekanan kerana watak dalam filem sebelum itu hanya kecil.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan penulisan blog, gadis yang memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor Bharu ini juga turut berbakat dalam bidang pengacaraan dan antara program yang pernah dikendalikannya adalah Mad Market musim pertama dan kedua, serta Raikan Cinta.

Biarpun bersih mengemudi karier seninya tanpa sebarang calitan kontroversi, namun nama Hanis tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikatakan merampas suami orang dan berimej seksi.

Justeru, ketika ditemui baru-baru ini, ramai media mengeruminya untuk bertanyakan perihal sebenar. Benarkah seperti yang didakwa?

Peminat keliru

“Sejujurnya baru-baru ini saya terkejut apabila apabila ada peminat tweet kepada saya dengan mesej: “Shame on you! (Awak ni memalukan!)” ketika kontroversi membabitkan Hanez Suraya. Namun individu tersebut akhirnya tampil memohon maaf dan berkata dia tersilap orang,” ujar Hanis apabila ada sesetengah pihak tersilap dan mengaitkan dia dengan kontroversi Hanez Suraya.

Ujar Hanis, dia menyedari ada beberapa peminat tersalah orang ketika mereka memarahi Hanis dan mendakwa dia memakai pakaian yang seksi dalam drama Love U Mr. Arrogant.

“Ada beberapa kali juga saya terbaca tweet yang mereka mahu bercakap mengenai Hanez tetapi tag nama saya.

"Ada juga yang marah-marah tetapi selepas dijelaskan baru mereka sedar tersalah orang.

“Bahkan tidak kurang juga ada yang mengatakan saya bakal menggantikan Hanez sebagai duta AuraWhite dan perkara itu tidak benar, apatah lagi saya kini sudah dilantik sebagai duta baharu Safi Balqis,” katanya ketika ditemui semasa pengumuman sebagai duta baru produk kecantikan itu di hotel Empire Subang, baru-baru ini.

Tambah gadis berusia 24 tahun ini, biarpun orang sering tersalah anggap dan keliru dengan dia dan Hanez, dia tidak merancang untuk menukar nama depannya.

“Bila hal ini terjadi, ada juga yang cadangkan saya supaya menggunakan saja nama Zalikha. Tapi saya tak mahu kerana hanya sebutan pangkal nama kami saja kedengaran sama. Dari segi ejaan dan wajah kami berbeza.

“Lagipun kontroversi membabitkan Hanez sudah semakin reda dan saya harap peminat tidak lagi keliru saya dengan Hanez Suraya,”  jelasnya.

Hanis berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hanez kerana hanya berjumpa aktres yang terkenal dengan watak-watak antagonis itu di majlis-majlis hiburan.

“Saya baik dengan Hanez Suraya, walaupun kami sangat jarang berjumpa. Hanya jumpa di acara hiburan,” ujarnya.

Ibu kawal karier?

Dalam pada itu, Hanis berkata, kekeliruan beberapa peminat mengenai namanya dengan Hanez tidak sedikit pun menganggu perjalannan kariernya, bahkan Hanis mengakui tawaran buatnya masih tidak putus.

“Alhamdulillah selepas menjadi duta Safi Balqis, saya juga baharu selesai menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh musim kedua dan penggambaran rancangan Raikan Cinta juga sudah hampir selesai.

“Selain itu ada saya juga ada terlibat dengan penggambaran beberapa telefilem yang akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya.

Ditebak mengenai dakwaan ibunya, Karshinah Rostam, 48, yang mengawal karier seninya dan turut didakwa ‘lebih sudu dari kuah’, Hanis berkata ia sama sekali tidak benar.

“Mustahil ibu mengawal karier saya bahkan dia tidak pernah masuk campur kerana jadual saya diuruskan Astro. Senang cerita, dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Pengguna setia

Sementara itu, mengenai pemilihannya sebagai duta Safi Balqis, Hanis berkata dia memang telah lama menggunakan produk tersebut sekali gus yakin dengan keberkesanannya.

Justeru apabila dilamar sebagai duta, Hanis tidak berfikir panjang untuk menerimanya serta menyifatkan peluang keemasan ini sebagai satu penghargaan buat dirinya.

Apatah lagi dia boleh dikatakan masih baharu lagi dalam bidang seni berbanding duta-duta Safi Balqis sebelum ini yang sedia punya nama besar dalam dunia seni tanah air seperti Elly Mazlein, Dynas Mokhtar dan Shila Amzah.

“Masa zaman sekolah, saya pakai Safi Balqis dan saya yakin dengan produk ni. Selain itu, bila sebut Safi Balqis, ramai peminat yang bagi respons positif terhadap produk ni. Jadi saya tak fikir panjang, malah saya berbesar hati dipilih sebagai duta Safi Balqis sekali gus sebagai penyambung legasi duta-duta sebelum ini.

“Tidak dinafikan ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Lebih-lebih lagi Safi Balqis salah satu jenama produk kecantikan yang ternama dan tanggungjawab yang saya galas ini akan sentiasa buat saya beringat supaya saya perlu jaga imej saya.

“Saya kena lebih tahu cara nak bawa diri dan mengelak dari dikaitkan dengan sebarang kontroversi,” katanya mengikat kontrak selama dua tahun.

Dalam pada itu, sempena pemilihan Hanis sebagai duta baru, jenama itu telah melancarkan rangkaian baru kombinasi sistem 3 gen pencerahan iaitu Safi Balqis White Trilogy.


Sumber: Sinar