Searching...
Sunday, March 23, 2014
8:05 PM 0

MH370: Lagi Objek Dikesan Satelit

Kuala Lumpur: Selepas imej dua objek dikesan melalui satelit China dan Australia, kerajaan Perancis pula mengesahkan satelit negara itu turut mengesan objek
‘berpotensi’ di kawasan Koridor Selatan, semalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera.
Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan semalam, pihak berkuasa Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek baru di kawasan Koridor Selatan.

“Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.
“Australia turut menghantar sebuah kapal pertahanan ‘Ocean Shield’ yang dilengkapi dengan kebolehan untuk mengesan sebarang objek dalam air,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sumer: HMetro